Batu sejam
Batu sejam

Batu sejam

Batu sejam ialah unit bagi kelajuan, mengukur jarak yang dilalui dalam unit batu dalam masa sejam.Ia masih digunakan sebagai unit ukuran bagi had laju serta kelajuan di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ia turut digunakan bagi mengukur kelajuan hantaran bola dalam pelbagai acara sukan seperti kriket, tenis, dan baseball pada peringkat pertandingan yang lebih tinggi. Kependekan yang lazim digunakan ialah bsj atau mph.Di dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI), unit bagi kelajuan dan halaju ialah meter sesaat. Kelajuan lalu lintas jalan raya diukur dalam km/j di kebanyakan negara. Bagi kegunaan nautika dan aeronautik pula, unit knot pula digunakan sebagai unit kelajuan: satu knot bersamaan dengan satu batu nautika sejam.